Apakah yang berkaitan dengan produk ini?
Pembiayaan Mikro | Talian Kredit Mikro |
Pembiayaan mikro/-i direka khusus untuk PKS mikro yang memerlukan pembiayaan dalam satu jumlah pukal untuk pengembangan perniagaan dengan jadual pembayaran tetap berasaskan ansuran bulanan setara. | Dengan Talian Kredit Mikro, anda diberikan talian kredit yang boleh anda keluarkan pada bila-bila masa mengikut keperluan untuk pembelian perniagaan atau kecemasan. Bayar faedah dan yuran berdasarkan jumlah yang digunakan sahaja. |
Yang manakah terbaik untuk perniagaan anda?
Pembiayaan Mikro | Talian Kredit Mikro |
Sesuai untuk perbelanjaan sekali gus dan modal jangka panjang bagi pengembangan perniagaan atau pembiayaan projek | Sesuai untuk perniagaan yang kerap memerlukan pembiayaan jangka pendek bagi perbelanjaan perniagaan dan perbelanjaan luar jangka atau sebagai dana kecemasan. |
*Anda boleh memohon Pembiayaan Mikro/-i dan Talian Kredit Mikro secara serentak, tetapi jumlah keseluruhan yang layak mungkin akan dibahagikan antara kedua-dua produk tersebut.
Apakah terma dan caj pembiayaan?
Pembiayaan Mikro | Talian Kredit Mikro |
1. Kadar: 0.8% - 1.5% sebulan
2. Jumlah pembiayaan: Sehingga RM200,000
3. Tempoh pembayaran: 6 - 18 bulan
4. Yuran jaminan: 5% daripada jumlah yang diluluskan (dikenakan semasa pengeluaran) 5. Yuran penggunaan / pengeluaran: 5% daripada jumlah yang diluluskan (dikenakan semasa pengeluaran) 6. Yuran Penyelesaian Awal: 2% ke atas baki prinsipal bagi mampasan separa kepada pelabur atas kehilangan faedah baki. Berkuat kuasa untuk Pembiayaan Mikro (Konvensional) sahaja. *Tiada yuran dikenakan sekiranya anda memutuskan untuk menolak tawaran kami. | 1. Kadar faedah: 0.05% sehari (1.5% sebulan) ke atas jumlah yang digunakan
2. Had kemudahan: Sehingga RM200,000 3. Tempoh ketersediaan: 12 bulan dari tarikh pelaksanaan perjanjian 4. Yuran kemudahan: 1% daripada had kredit yang diluluskan (sekali sahaja) 5. Yuran jaminan: 5% daripada jumlah yang diluluskan (dikenakan semasa pengeluaran) 6. Yuran pengeluaran: 5% daripada jumlah yang diluluskan (dikenakan semasa pengeluaran) 7. Yuran Penyelesaian Awal: Dikecualikan *Tiada yuran dikenakan sekiranya anda memutuskan untuk menolak tawaran kami. |
Apakah aliran prosesnya?
Pembiayaan Mikro | Talian Kredit Mikro |
Langkah 1 - Pendaftaran (Onboarding) Mohon Pembiayaan Mikro/-i dan terima kelulusan dalam tempoh 2 hari bekerja.
Langkah 2 - Penerimaan & Pengeluaran
Terima tawaran pembiayaan anda setelah diluluskan dan terima dana pembiayaan dalam tempoh 2 hari bekerja.
Bayar pembiayaan secara ansuran bulanan setara mengikut jadual. | Langkah 1 - Pendaftaran (Onboarding)
Mohon Talian Kredit Mikro dan terima kelulusan dalam tempoh 2-3 hari bekerja.
Langkah 2 & 3 - Pengeluaran
Hantar permintaan pembiayaan dan terima dana pembiayaan dalam tempoh 2 hari bekerja.
Langkah 4 - Pembayaran
Bayar pembiayaan secara ansuran bulanan setara mengikut jadual. Setelah anda menjelaskan prinsipal dan faedah, talian kredit anda akan diperbaharui/diisi semula.
Langkah 5 - Pengeluaran semula
Ulang Langkah 2 & 3. |
Bagaimanakah pembayaran berfungsi?
Pembiayaan Mikro |
Ansuran bulanan setara. Ansuran sebulan mengikut kadar dan tempoh yang berbeza adalah seperti yang ditunjukkan di bawah: |
Talian Kredit Mikro |
• Salinan NRIC (Warganegara Malaysia) / Pasport (Bukan Warganegara Malaysia) untuk semua Pengarah dan Penjamin Peribadi
|
Apakah dokumen yang diperlukan?
Pembiayaan Mikro | Talian Kredit Mikro |
• Salinan NRIC (Warganegara Malaysia) / Pasport (Bukan Warganegara Malaysia) untuk semua Pengarah dan Penjamin Peribadi
• Penyata bank perniagaan 6 bulan terkini | • Salinan NRIC (Warganegara Malaysia) / Pasport (Bukan Warganegara Malaysia) untuk semua Pengarah dan Penjamin Peribadi • Penyata bank perniagaan 6 bulan terkini
• Kemudahan perbankan dalam talian diwajibkan |
Bagaimana jika saya tidak dapat membuat pembayaran tepat pada waktunya?
Pembiayaan Mikro | Talian Kredit Mikro |
Pembiayaan Mikro-i: Untuk kemungkiran pembayaran sebelum dan selepas tarikh matang:
• Ganti rugi (Ta’widh) boleh dikenakan pada kadar 1% setahun ke atas baki tertunggak (prinsipal tertunggak dan keuntungan terkumpul). • Funding Societies boleh mengenakan Ganti rugi (Ta’widh) dan Penalti (Gharamah) sebagai Caj Pembayaran Lewat, tertakluk kepada kadar maksimum 10% setahun.
Pembiayaan Mikro (Konvensional):
• Yuran Penalti Lewat: RM200 bagi setiap kitaran pembayaran balik
• Yuran Faedah Lewat: 0.1% sehari (tidak dikompaun) ke atas jumlah tunggakan | • Ganti rugi: RM250 bagi setiap 7 hari kalendar
• Yuran Faedah Lewat: 0.1% sehari (tidak dikompaun) ke atas jumlah tunggakan |
Tertakluk kepada Terma dan Syarat




