Pelaburan Islamik
Nash avatar
Written by Nash
Updated over a week ago

1. Apakah yang dimaksudkan dengan Nota Pelaburan Islamik Terjamin (Guaranteed Islamic Investment Note)?

Nota Pembiayaan Islam Terjamin (GN-i) ialah produk terbaharu bagi pembiayaan PKS yang ditawarkan oleh Funding Societies. Ini adalah produk yang disediakan berdasarkan konsep Komoditi Murabahah (melalui persetujuan Tawarruq).

2. Bagaimanakah pelaburan ini berfungsi?

Funding Societies akan menyediakan pembiayaan kepada Perusahaan Mikro, Kecil & Sederhana (PKS) melalui nota pelaburan, yang dibiayai oleh pelabur. PKS akan membuat pembayaran (prinsipal & pulangan) kepada pelabur mengikut jadual yang dipersetujui.

Berbeza dengan struktur normal, nota pelaburan yang dikeluarkan di bawah Pembiayaan Islamik Terjamin akan dijamin oleh entiti yang dilantik (Entiti Penjamin). Sekiranya tiada pembayaran oleh penerbit nota (≥ 15 hari lewat tempoh (DPD), Entiti Penjamin akan membayar balik prinsipal dan pulangan yang perlu dibayar kepada Pelabur. Hak untuk menuntut hutang daripada Penerbit kemudiannya akan dipindahkan kepada Entiti Penjamin.

3. Apakah kod produk pelaburan ini?

Anda boleh mengenal pasti produk Islamik mengikut jenis pembiayaan yang berakhir dengan “-i”. Terdapat 2 jenis pembiayaan Islamik, iaitu MBIBG dan MBISG

4. Apakah struktur pembayaran pembiayaan ini?

Terdapat dua jenis struktur pembayaran, iaitu pembayaran secara sekaligus atau ansuran bulanan. MBIBG mempunyai pembayaran ansuran bulanan, manakala MBISG mempunyai struktur pembayaran balik secara sekaligus.

5. Siapakah yang memberi jaminan?

Nota pelaburan akan dijamin oleh entiti yang dilantik (Entiti Penjamin). Entiti penjamin mengekalkan penampan modal dan rizab tunai untuk memastikan pelabur dibayar tepat pada masanya sekiranya Penerbit nota membuat tunggakan/mungkir pada pembayaran.

6. Apakah yang berlaku sekiranya terdapat kemungkiran pembayaran?

Sekiranya penerbit nota terlepas membuat pembayaran (≥ 15 hari lewat tempoh pembayaran (DPD)), Entiti Penjamin akan campur tangan dan membayar prinsipal dan pulangan yang perlu dibayar kepada Pelabur. Hak untuk menuntut hutang daripada Penerbit kemudiannya akan dipindahkan kepada Entiti Penjamin.

7. Apakah risiko yang terlibat?

Terdapat kemungkinan bahawa Entiti yang Menjamin tidak dapat memenuhi kewajipan kewangannya tepat pada masanya.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa mekanisme yang disediakan untuk memastikan Entiti yang Menjamin mempunyai keupayaan untuk memenuhi obligasi kewangannya. Sebagai contoh, Entiti Penjamin dikehendaki mengekalkan modal dan penimbal rizab tunai untuk memastikan pelabur dibayar balik tepat pada masanya jika Pengeluar Nota mungkir pembayaran.

8. Apakah terma dan syarat bagi menyertai pelaburan ini?

Tiada, pelaburan ini terbuka kepada semua pelabur

9. Bagaimanakah cara saya boleh melabur dalam nota Pelaburan Islamik Terjamin?

Nota Pelaburan Islamik Terjamin akan disediakan kepada pelabur melalui pelaburan auto (Auto-Invest) dan juga Pelaburan Manual.

Did this answer your question?