Nota Pelaburan Islamik Terjamin (Pembiayaan Sekaligus)

Ketahui lebih lanjut tentang Nota Pelaburan Islamik Terjamin kami, produk Islamik kami yang terkini

Nash avatar
Written by Nash
Updated over a week ago

1. Apakah itu MBISG - Nota Pelaburan Islamik Terjamin GN-i (Pembiayaan Sekaligus)

MBISG adalah salah satu produk pembayaran sekaligus di bawah Jaminan Pelaburan Islamik GN-i (Pembiayaan Sekaligus). Dari segi struktur, ia menyerupai Nota Pelaburan Terjamin (MBSG) yang sedia ada, dengan perbezaan utama ialah ia mematuhi prinsip Syariah. Pembiayaan ini khusus untuk PKS yang mementingkan pembiayaan patuh Syariah.

2.Adakah terdapat cagaran untuk produk ini?

Tidak. Sebaliknya, produk ini akan dijamin oleh syarikat yang dilantik (Entiti Penjamin).

3. Apakah kadar keuntungan purata untuk produk ini?

4 - 8% setahun.

4. Apakah struktur pembayarannya?

Bayaran sekaligus, di mana prinsipal dan keuntungan akan dibayar pada hujung tempoh pembiayaan. Penerbit mempunyai pilihan untuk membuat pembayaran awal, tanpa caj pembayaran awal. Ini adalah kerana keuntungan yang dikenakan adalah dikira secara harian.

5. Adakah terdapat pampasan untuk pembayaran lewat?

Penerbit nota akan dikenakan caj pembayaran lewat yang terdiri daripada ta’widh pada kadar 1% p.t. untuk sebarang bayaran tertunggak yang perlu dibayar sebelum tamat Tarikh Matang. Bagi sebarang bayaran yang perlu dibayar selepas Tarikh Matang, caj pembayaran lewat yang terdiri daripada ta’widh dan gharamah boleh dikenakan ke atas bayaran yang tertunggak.

6. Apakah tempoh pembayaran bagi pembiayaan ini?

Sehingga 120 hari / 4 bulan

7. Berapakah fi Perkhidmatan yang dikenakan?

30% ke atas keuntungan yang diperoleh.

8. Apakah yang berlaku dalam kes Kemungkiran Bayaran?

Apabila penerbit nota terlepas membuat pembayaran (≥15 hari lewat tempoh pembayaran (DPD)), Entiti Penjamin akan campur tangan dan membayar prinsipal dan pulangan yang perlu dibayar kepada Pelabur. Hak untuk menuntut hutang daripada Penerbit Nota kemudiannya akan dipindahkan kepada Entiti Penjamin.

9. Berapakah jumlah pelaburan minimum?

Jumlah pelaburan minimum: RM 100

Nota Penting: Sila ambil perhatian bahawa peruntukan automatik untuk Nota Terjamin hanya akan dibuat untuk Nota Pembiayaan Islamik sahaja. Jika anda tidak mahu mengambil bahagian dalam pelaburan Islamik, anda boleh menarik diri secara manual daripada pihak anda sebelum waktu pelaburan bermula.

Did this answer your question?