Skip to main content
All CollectionsInvestorsPelaburan Islamik dengan Funding Societies
Business Term Financing (CGC - Islamic Financing) (MBIBTCV)
Business Term Financing (CGC - Islamic Financing) (MBIBTCV)
Melissa avatar
Written by Melissa
Updated over 7 months ago

Apa itu Business Term Financing (CGC - Islamic Financing)?

Business Term Financing (CGC - Islamic Financing) ialah produk pembiayaan pelaburan yang sebahagiannya dijamin oleh Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC). CGC memberikan jaminan tersebut untuk pembiayaan yang diluluskan kepada Perusahan Kecil dan Sederhana (PKS) yang layak.

Siapakah Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC)?

Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) telah ditubuhkan pada 5 Julai 1972. 78.65% CGC dimiliki oleh Bank Negara Malaysia dan 21.35% oleh bank-bank komersial di Malaysia. CGC bertujuan membantu Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (MSME) yang tidak mempunyai cagaran atau rekod jejak untuk mendapatkan kemudahan kredit daripada institusi kewangan dengan menyediakan perlindungan jaminan ke atas kemudahan tersebut. Sejak penubuhannya, CGC telah menyediakan 490,000 jaminan dan pembiayaan kepada MSME bernilai lebih RM82 bilion.

Bagaimanakah pembiyaaan ini berlangsung?

Funding Societies akan membiayai PKS yang layak untuk menerima jaminan CGC, yang dibiayai oleh pelabur. Jika berlaku kemungkiran, CGC akan berkongsi risiko baki prinsipal pelaburan mengikut nisbah perkongsian risiko yang dipersetujui.

Kriteria kelayakan untuk PKS:

  • Memenuhi definisi PKS

  • Beroperasi sekurang-kurangnya 3 tahun.

  • Berdaftar di Malaysia dan dikawal oleh warganegara Malaysia.

  • Memenuhi kriteria kewangan dan bukan kewangan yang dipersetujui dengan CGC.

Apakah yang berlaku jika berlaku kemungkiran?

Usaha pemulihan (mendapatkan semula bayaran) adalah sama dengan proses yang sedia ada di Funding Societies. Apabila status nota menjadi "Default" pada "Days Payment Due" DPD ≥ 90 hari, Funding Societies akan mengemukakan tuntutan kepada CGC. Jika tuntutan memenuhi kriteria, CGC akan meluluskan tuntutan mengikut Nisbah Perkongsian Risiko yang dipersetujui dan membayar jumlah tersebut ke akaun amanah Funding Societies.

Jumlah pembayaran akan diagihkan kepada pelabur selepas usaha pemulihan yang diperlukan mengikut prosedur pemulihan Funding Societies dan garis panduan oleh CGC.

  • Jumlah tuntutan: % Perlindungan jaminan oleh CGC x Jumlah prinsipal tertunggak yang mungkir.

  • Jumlah pembayaran: Jumlah tuntutan tolak dengan jumlah yang telah dipulihkan

Apakah jumlah pelaburan minima?

Jumlah pelaburan minima adalah RM100.

Bagaimanakah untuk melabur dalam MBIBTCV?

Pelaburan boleh dibuat secara manual serta automatik dengan menetapkan auto-bot untuk "Business Term Financing".

Apakah risiko yang terlibat?

Terdapat risiko bahawa tuntutan mungkin ditolak oleh CGC jika PKS tidak memenuhi Kriteria Kelayakan di bawah program tersebut. Risiko ini diminimumkan melalui proses dalaman kami untuk memastikan kriteria oleh CGC dipatuhi PKS terlibat.

Pembayaran tuntutan oleh CGC kepada pelabur hanya akan dibuat setelah semua usaha pemulihan telah dilakukan oleh Funding Societies. Usaha pemulihan yang termasuk tindakan undang-undang mungkin mengambil masa yang berbeza-beza bagi setiap Nota Pelaburan.

Jumlah pembayaran tuntutan maksimum adalah sehingga peratusan perlindungan prinsipal yang ditetapkan pada jumlah prinsipal tertunggak ketika pembayaran tuntutan dibuat.

Funding Societies akan memfasilitasi proses tuntutan pelaburan melalui usaha yang terbaik. Walaubagaimanapun pelabur juga mungkin tidak dapat menerima pembayaran penuh atau sebarang jumlah jika tuntutan ditolak oleh pihak CGC. Sebarang keputusan yang dibuat oleh CGC adalah muktamad.

Did this answer your question?