Apa itu Pre-Disbursement Session (PDS)?
Pre-Disbursement Session (PDS) adalah portal yang boleh membantu pengguna untuk melengkapkan proses sebelum pengeluaran dana dibuat, iaitu eKYC, e-tandatangan dan luluskan transaksi Direct Debit. Ini sekaligus dapat memberikan pengalaman yang lancar dan mudah untuk para pelanggan kami. Pengguna boleh mengakses portal PDS ini untuk melihat status pinjaman bagi kesemua Rakan kongsi/Pengarah atau Penjamin . Pengguna juga akan menerima notifikasi untuk setiap proses yang telah dilengkapkan.
Adakah nama pengguna akan berubah setiap kali pautan tamat tempoh atau saya log keluar dari PDS?
Nama pengguna akan kekal sama, tidak kira berapa kali anda log keluar atau jika sesi PDS anda tamat tempoh.
Berapa lama tempoh kemasukan duit ke dalam akaun saya?
Kemasukan dana dalam tempoh 2-3 hari bekerja, selepas pengguna, rakan kongsi/Pengarah/Penjamin lain melengkapkan eKYC, e-tandatangan dan Direct Debit.
Bolehkah saya menggunakan akaun peribadi untuk Direct Debit?
Boleh, tapi tertakluk kepada beberapa syarat. Anda boleh menggunakan akaun peribadi hanya jika akaun syarikat tidak mempunyai online banking atau akaun syarikat anda tidak boleh meluluskan direct debit kami atas sebab sebab tertentu misalnya isu bank setting. Anda akan diminta untuk menyediakan satu bulan penyata akaun terkini untuk akaun peribadi anda, dan kelulusan akan diberitahu selepas semakan daripada pihak kredit kami.
Apakah itu 'Max Amount per DD transaction' dalam Mandat?
Itu merujuk kepada amaun maksimum dalam pembayaran balik bulanan anda.
Kenapa kekerapan (frequency) penolakan DD sebanyak 99 kali?
Ini adalah ketetapan default oleh sistem, tetapi kami hanya akan buat penolakan mengikut kadar tenor pinjaman anda bersama Funding Societies, anda juga boleh rujuk kepada jadual pembayaran balik yang akan kami sertakan dalam emel.
Adakah pinjaman saya dengan Funding Societies akan muncul dalam rekod CTOS?
Ya betul, tetapi hanya jika anda memohon pembiayaan Term Financing sahaja dengan kami. Ia akan direkodkan dibawah Non-Bank Lender Credit Information - ETR Plus. Ia adalah info tambahan digunakan untuk penilaian kredit pengguna. Setiap pembiayaan SME yang diambil dengan Funding Societies tidak akan direkodkan dalam CCRIS.
Apa itu Silkroad?
Silkroad adalah sebuah platform yang dibangunkan oleh Funding Societies untuk membolehkan para pengguna mengakses kepada butiran pinjaman/status pengeluaran dana, membuat pembayaran balik dan mengurus penggunaan pembiayaan pinjaman anda.
Tambahan pula, pengguna akan dimaklumkan melalui emel jika terdapat sebarang kemas kini atau apa apa permohonan pengeluaran dana melalui platform Silkroad ini. Anda akan menerima emel log masuk kali pertama, di mana anda perlu menetapkan kata laluan yang baharu bagi mengaktifkan penggunaan platform Silkroad. Anda boleh bertanya dengan lebih lanjut kepada pegawai yang berurusan dengan anda sepanjang permohonan pinjaman jika pautan dalam emel log masuk kali pertama itu tamat tempoh selepas 24jam.
Adakah saya akan diberi sebarang peringatan sebelum Funding Societies melalukan penolakan duit untuk pembayaran balik?
Ya, pihak kami akan memberikan peringatan melalui emel, 7 hari sebelum tarikh penolakan dilakukan.
Bila tarikh pembayaran balik?
Ianya bergantung kepada tarikh pengeluaran dana oleh pihak Funding Societies, dan tarikh pembayaran balik adalah sebulan selepas tarikh anda menerima dana pinjaman:
Pengeluaran dana antara 2hb–8hb: Bayaran perlu dibuat pada 8hb bulan berikutnya
Pengeluaran dana antara 9hb–15hb: Bayaran perlu dibuat pada 15hb bulan berikutnya
Pengeluaran dana antara 16hb–22hb: Bayaran perlu dibuat pada 22hb bulan berikutnya
Pengeluaran dana antara 23hb–1hb: Bayaran perlu dibuat pada 1hb bulan berikutnya
Kami akan tetapkan tarikh pembayaran balik anda berdasarkan tarikh pengeluaran dana dibuat, dan anda akan diberitahu semula melalui emel Notifikasi Pengeluaran Dana dan Investment Note Certificate. Jadual pembayaran balik berserta tarikh yang akan ditetapkan akan turut disediakan dalam emel tersebut.
Bolehkah saya tukar alamat emel/nombor telefon?
Anda boleh menukar alamat emel/nombor telefon jika anda tidak dapat menerima emel atau mesej kami - atau jika nombor telefon tidak digunakan lagi. Anda boleh hubungi pegawai yang berurusan dengan anda sepanjang permohonan pinjaman untuk memaklumkan penukaran tersebut. Ada kemungkinan di mana anda akan diminta untuk melakukan verifikasi sekali lagi serta melengkapkan borang penyata variasi.