Skip to main content

Bagaimana nak lengkapkan proses Direct debit?

A
Written by Athirah Sahar
Updated this week

Semak butiran yang telah diisi terlebih dahulu dan klik "Teruskan ke FPX". Anda akan diarahkan ke laman bank anda untuk meluluskan transaksi sebanyak RM1.00.

  • Jika akaun bank anda adalah tandatangan tunggal (B2C), anda boleh melengkapkan tetapan ini sendiri.

  • Jika akaun tersebut mempunyai tandatangan berganda (B2B), checker atau approver perlu meluluskan transaksi tersebut untuk melengkapkan tetapan.

Nota: Untuk mengesahkan sama ada tetapan telah berjaya, log masuk ke akaun PDS anda menggunakan pautan ajaib (magic link) dan semak status tugasan anda. Tanda semakan hijau (✔️) menunjukkan proses telah selesai.

Definisi:

Sebagai sebahagian daripada keperluan pra-pengagihan, anda dikehendaki mengaktifkan Debit Terus (Direct Debit) untuk bayaran bulanan automatik kepada Funding Societies. Ini bermaksud anda tidak lagi perlu membuat bayaran secara manual pada setiap tarikh akhir nota.

Pastikan akaun bank anda mempunyai baki mencukupi pada tarikh akhir supaya Funding Societies dapat membuat potongan amaun ansuran tertunggak dengan berjaya.

Apakah Multiple atau Single Signatory?

Jika akaun bank syarikat anda mempunyai maker dan checker token, mandat akan ditetapkan kepada ‘multiple signatory’ (B2B).

Jika akaun bank tidak mempunyai maker atau checker token (akaun persendirian atau seorang sahaja pemegang akaun syarikat), mandat akan ditetapkan kepada ‘single signatory’ (B2C)

Menghadapi masalah ketika cuba log masuk ke bank?

Antara isu semasa yang sering dihadapi oleh pengguna:

Maybank2u - jika anda menghadapi masalah untuk log masuk dan tertera isu seperti “Akses anda tidak dibenarkan untuk perkhidmatan ini”, sila log masuk menggunakan checker token sahaja, maker token tidak perlu.

CIMB bizchannel - Untuk makluman, jika anda menggunakan CIMB Bizchannel lite package, anda tidak dapat meluluskan Direct Debit dengan pihak Funding Socities. Hal ini kerana pakej perbankan ini tidak diberi perkhidmatan transaksi FPX. Anda dikehendaki untuk menaik taraf pakej anda kepada pakej Standard yang membolehkan anda meluluskan transaksi FPX dan melengkapkan proses Direct debit. Sila layari laman sesawang CIMB ini atau hubungi pegawai CIMB untuk tahu lebih lanjut:
https://www.cimb.com.my/en/business/digital-banking/bizchannel-cimb.html#packages-and-application

Did this answer your question?