Pilih ‘Kad Pengenalan Malaysia’ jika anda warganegara Malaysia, atau ‘Pasport’ jika anda warga asing.
Klik ‘Mula’, kemudian ambil gambar yang jelas bagi bahagian depan dan belakang dokumen pengenalan anda secara berurutan.
Ambil swafoto secara langsung (live selfie) dalam persekitaran yang terang dengan wajah anda kelihatan jelas untuk melengkapkan proses ini.
Anda akan menerima keputusan pengesahan melalui e-mel. Jika pengesahan gagal, anda boleh mencuba semula sehingga 3 kali percubaan. Untuk meningkatkan peluang anda lulus, sila ikuti panduan di bawah:
Pastikan gambar dokumen adalah jelas, tanpa silau atau pantulan yang mengaburkan maklumat.
Jangan ambil swafoto sambil memegang IC anda.
Pastikan swafoto anda diambil dalam persekitaran yang terang tanpa sebarang bayang-bayang di wajah anda.
Definisi:
Ia merupakan sebahagian daripada proses pengagihan dana untuk mengesahkan identiti anda secara digital, dengan pengesahan melalui dokumen pengenalan diri yang jelas dan lengkap (contohnya: Kad Pengenalan atau Pasport, bersama swafoto secara langsung anda).
Proses ini adalah wajib untuk diselesaikan sebelum anda boleh meneruskan tindakan seterusnya seperti Terima Dokumen (eTandatangan) dan/atau tetapan debit terus.