All Collections
Investors
Pelaburan Islamik dengan Funding Societies
Bagaimana cara untuk melabur dalam produk pembiayaan Islamik kami?
Bagaimana cara untuk melabur dalam produk pembiayaan Islamik kami?

Ketahui cara melabur dalam produk Pembiayaan Islamik kami.

Melissa avatar
Written by Melissa
Updated over a week ago

Untuk melabur dalam Produk Pembiayaan Islamik kami, anda boleh melabur secara manual melalui log masuk aplikasi / log masuk ke laman web anda.

Anda juga boleh melabur melalui web atau menggunakan aplikasi mudah alih pelabur kami, yang kini tersedia untuk pengguna Android dan iOS.

Kaedah pelaburan manual adalah serupa dengan produk konvensional kami. Anda boleh merujuk di sini untuk butiran lanjut.

Mengenalpasti Nota Pembiayaan Islamik

Untuk mengenal pasti Nota Pembiayaan Islamik:-

  1. Log masuk ke akaun anda.

  2. Klik Menu, dan kemudian pergi ke halaman Peluang Pelaburan Tersedia.

  3. Anda kemudiannya boleh mencari nota dengan kod Pembiayaan Islamik, seperti Nota Islamik Pelaburan Terjamin (GN-i) yang bermula dengan MBIBG

Contoh : MBIBG-20024418

4. Anda kemudiannya boleh melabur dalam jenis nota ini dengan sewajarnya.

Melabur melalui Bot Pelaburan Auto kami

Anda juga boleh melabur dalam nota Pembiayaan Islamik kami melalui Bot Pelaburan Auto kami. Anda boleh merujuk pautan di sini untuk mendapatkan butiran lanjut tentang cara menetapkan Bot Pelaburan Auto kami. Anda boleh menetapkan Bot Pelaburan Auto anda untuk jenis pembiayaan Nota Pelaburan Terjamin kerana pada masa ini, pilihan Pembiayaan Islam adalah di bawah Nota Pelaburan Terjamin.

Nota penting : Pelaburan secara auto hanya akan memperuntukkan wang anda ke dalam Nota Pelaburan Terjamin Islamik. Anda boleh mengecualikan diri anda daripada nota Islamik dengan menarik diri secara manual daripada peruntukan auto yang dibuat oleh bot Pelaburan Auto semasa tempoh pra-pelaburan, iaitu 4 jam sebelum pelaburan bermula. Masa pelaburan bermula boleh dirujuk di e-mel pra-pelaburan, yang dihantar kepada semua pelabur yang diaktifkan.

Did this answer your question?