Skip to main content
All CollectionsFinancingOthers
Pembiayaan Invois/-i
Pembiayaan Invois/-i

Hantar invois dan dapat tunai. Sesuai untuk perniagaan dengan transaksi kredit yang memerlukan pengurusan aliran tunai yang fleksibel

L
Written by Lawrence Lim
Updated over a week ago

Apakah Pembiayaan Invois/-i

Pembiayaan Penghutang Akaun /-i

Pembiayaan Pemiutang Akaun/-i

Maksud

Dapatkan wang dengan meminjam terhadap penghutang anda (wang yang terhutang kepada anda oleh pelanggan). Hantar invois yang belum dibayar kepada kami dan terima wang tunai terdahulu

Dapatkan Jaminan wang untuk membayar pemiutang anda (wang yang terhutang oleh anda kepada pembekal) sekarang dengan invois yang perlu dibayar. Anda boleh menyelesaikan pembayaran balik kemudian bersama kami.

Contoh

Syarikat anda menghantar produk/perkhidmatan kepada pelanggan dan mengeluarkan invois yang perlu dibayar dalam 60 hari.

Sebaliknya menunggu selama 60 hari, anda boleh hantar invois tersebut dan mengeluarkan nilai invois dengan segera.

Apabila pelanggan membayar invois, anda membayar balik kepada kami berdasarkan tempoh yang diluluskan (hingga 90 hari), dapat meningkatkan aliran tunai anda sambil mengekalkan hubungan baik dengan pelanggan.

Syarikat anda membeli stok dari Pembekal yang perlu dibayar dalam 30 hari.

Selain daripada menggunakan wang tunai anda sendiri, serahkan invois kepada kami dan bayar Pembekal tepat pada masanya.

Kini, syarikat anda mempunyai tempoh pembayaran yang dilanjutkan (hingga 90 hari) untuk membayar kami. Pada masa yang sama dapat meningkatkan aliran tunai anda sambil mengekalkan hubungan yang baik dengan pembekal.

Ringkasan

Dapat membantu syarikat anda mendapatkan wang tunai segera daripada invois yang belum dibayar dengan lebih cepat dari perspektif seorang Penjual.

Dapat membantu syarikat anda membayar bil tertunggak kepada pembekal tepat pada masanya tanpa menggunakan wang tunai yang ada dari perspektif seorang Pembeli.

Marginal Pembiayaan

Hingga 80% daripada jumlah invois

Hingga 100% daripada jumlah invois

*Anda boleh memohon untuk kedua-dua Pembiayaan/-i Akaun Terima dan Pembiayaan/-i Akaun Bayar pada masa yang sama, tetapi jumlah kelayakan keseluruhan mungkin dibahagikan antara kedua-dua produk.

Apakah aliran proses?

Pembiayaan Penghutang Akaun/-i (ARF/-i)

Pembiayaan Pemiutang Akaun/-i (APF/-i)

Langkah 1 : Permohonan

  • Mohon untuk ARF/-i dengan senarai nama pelanggan

Langkah 2: Pengeluaran

  • Hantar invois yang belum dibayar dan terima tunai dalam 1 hari bekerja

Langkah 3: Pembayaran

  • Selepas pelanggan menyelesaikan bayaran, anda boleh membuat bayaran mengikut jadual pembayaran yang disediakan atau bayaran boleh dibuat secara fleksibel.

Langkah 1 : Permohonan

  • Mohon untuk APF/-i dengan senarai nama pembekal

Langkah 2: Pengeluaran

  • Hantar invois yang belum dibayar dan terima tunai dalam 1 hari bekerja

Langkah 3: Pembayaran

  • Anda boleh membayar pembekal anda tepat pada masanya sambil menjadualkan pembayaran kepada kami yang selaras dengan kitaran aliran tunai anda.

Apakah terma pembiayaan?

Pembiayaan Penghutang Akaun /-i & Pembiayaan Pemiutang Akaun/-i

Pembiayaan

hingga RM 300,000

Tempoh

hingga 90 hari

Tempoh kemudahan tersedia

12 bulan dari tarikh pelaksanaan perjanjian

Kadar

0.05% sehari ke atas jumlah yang digunakan

Bayaran kemudahan

1.5% daripada had yang diluluskan (sekali sahaja)

Bayaran penggunaan/ Bayaran pengeluaran

Bermula dari 1.25% ke atas jumlah yang digunakan.

Apakah kriteria dan dokumen yang diperlukan?

Pembiayaan Penghutang Akaun /-i & Pembiayaan Pemiutang Akaun/-i

Kritria

  1. Pemilikan tunggal/ perkongsian/ perkongsian liabiliti terhad/ syarikat persendirian (bukan anak syarikat syarikat tersenarai)/ syarikat awam tidak tersenarai/ syarikat tersenarai awam dan anak syarikat.

  2. Minimum 30% pegangan saham tempatan oleh warganegara Malaysia.

  3. Minimum RM 60,000 hasil setahun.

  4. Minimum 6 bulan beroperasi.

Dokumen yang diperlu

  1. Salinan kad pengenalan (depan & belakang) - semua pemilik syarikat

  2. Salinan PDF 6 bulan terkini penyata bank akaun semasa syarikat

  3. Gambar premis perniagaan anda dengan papan perniagaan, reka bentuk dalaman, reka bentuk luaran, dan inventori

  4. Senarai nama pembekal/pelanggan yang akan didaftarkan dengan invois transaksi terkini masing-masing.

Bagaimana jika saya lewat dalam membuat pembayaran balik?

  • Jika anda terlambat membuat pembayaran balik, caj berikut akan dikenakan:

    • Caj Penalti Lewat: RM 250 setiap 7 hari kalendar.

    • Caj Faedah Lewat: Sehingga 0.1% sehari (tidak bercampur) ke atas jumlah yang tertunggak.

Bolehkah saya membuat penyelesaian awal?

  • Jika anda memilih untuk menyelesaikan pembiayaan lebih awal, TIADA caj yang dikenakan!

Apakah prinsip Shariah yang diterima pakai untuk Pembiayaan Invois-i yang patuh Shariah?

  • Prinsip Shariah yang digunakan adalah Murabahah Komoditi melalui susunan Tawarruq. Tawarruq merujuk kepada pembelian Komoditi yang patuh Shariah dengan harga tertangguh, kemudian menjualnya kepada pihak ketiga untuk mendapatkan wang tunai.

Siapa yang boleh memohon untuk Pembiayaan Invois-i?

  • Mana-mana perniagaan yang aktiviti utama mereka patuh Shariah (contohnya, tidak berkaitan dengan tembakau, minuman keras, perjudian dan sebagainya) boleh memohon untuk pembiayaan.

  • Funding Societies akan menjalankan saringan Shariah untuk memastikan hasil yang diperoleh digunakan untuk keperluan modal kerja am dan tujuan perniagaan penerbit yang patuh Shariah.

Did this answer your question?