Skip to main content
All CollectionsInvestorsPelaburan Islamik dengan Funding Societies
Nota Pelaburan Islamik Terjamin (Pembiayaan Berjangka)
Nota Pelaburan Islamik Terjamin (Pembiayaan Berjangka)

Ketahui lebih lanjut tentang Nota Pelaburan Islamik Terjamin kami, produk Islamik kami yang terkini

Melissa avatar
Written by Melissa
Updated over 6 months ago

1. Apakah itu MBIBG - Nota Pelaburan Islamik Terjamin (Pembiayaan Berjangka)

MBIBG adalah salah satu produk bayaran ansuran bulanan di bawah Pelaburan Islamik Terjamin, GN-i (Pembiayaan Berjangka). Dari segi struktur, ia adalah sama seperti Nota Pelaburan Terjamin (MBBG) yang sedia ada, dengan perbezaan utama ialah ia mematuhi prinsip Syariah. Pembiayaan ini adalah khusus untuk PKS yang mementingkan pembiayaan patuh Syariah.

2. Apakah kadar keuntungan purata untuk produk ini?

4% - 8% setahun.

3. Apakah struktur pembayarannya?

Bayaran ansuran bulanan prinsipal dan pulangan yang diperolehi.

4. Adakah terdapat fi pembayaran awal?

Tidak, tiada fi pembayaran awal untuk pelabur.

5. Adakah terdapat pampasan untuk pembayaran lewat?

Penerbit nota akan dikenakan caj pembayaran lewat yang terdiri daripada ta’widh pada kadar 1% p.t. untuk sebarang bayaran tertunggak yang perlu dibayar sebelum tamat Tarikh Matang. Bagi sebarang bayaran yang perlu dibayar selepas Tarikh Matang, caj pembayaran lewat yang terdiri daripada ta’widh dan gharamah boleh dikenakan ke atas bayaran yang tertunggak.

6. Apakah tempoh pembayaran bagi pembiayaan ini?

1 - 24 bulan

7. Berapakah fi perkhidmatan yang dikenakan?

15% ke atas pulangan

8. Apakah yang berlaku dalam kes Kemungkiran Bayaran?

Apabila penerbit nota terlepas membuat pembayaran (≥15 hari lewat tempoh pembayaran (DPD)), Entiti Penjamin akan campur tangan dan membayar prinsipal dan pulangan yang perlu dibayar kepada Pelabur. Hak untuk menuntut hutang daripada Penerbit kemudiannya akan dipindahkan kepada Entiti Penjamin.

9. Berapakah jumlah pelaburan minimum?

Jumlah pelaburan minimum: RM 100

Nota Penting: Auto Invest kini tersedia untuk kedua-dua Nota pelaburan konvensional dan Islamik. Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara untuk melabur dalam Nota Islamik sahaja.

Did this answer your question?