Apakah Accounts Payable Financing (Pembiayaan Islamik) ?
Accounts Payable Financing (Pembiayaan Islamik) adalah salah satu produk pelaburan patuh Syariah terkini di Funding Societies. Sama seperti produk konvensional, ia digunakan untuk membiayai transaksi Pengeluar. Contohnya, membeli bahan mentah yang diperlukan untuk mengeluarkan paip keluli.
Bagaimanakah cara membezakan Accounts Payable Financing (Pembiayaan Islamik) dengan Pembiayaan konvensional?
Untuk kemudahan rujukan anda, kod produk Accounts Payable Financing (Pembiayaan Islamik) kami ialah MBIAP. Sebagai alternatif, terdapat ikon Bulan Sabit di sebelah Kod Nota untuk nota pelaburan Islam.
Apakah tempoh produk pelaburan ini?
Tempohnya adalah dalam lingkungan 15 hari hingga 150 hari.
Apakah struktur pembayaran produk pelaburan?
Struktur pembayaran untuk produk pelaburan ini adalah bayaran sekaligus, di mana modal penuh dan pulangan perlu dibayar pada akhir tempoh pembiayaan.
Apakah bayaran perkhidmatan yang akan dikenakan untuk produk pelaburan ini?
Yuran perkhidmatan adalah sehingga 30% ke atas pulangan yang diperoleh, berdasarkan produk yang dilaburkan.
Nota Penting: Auto Invest kini tersedia untuk kedua-dua Nota pelaburan konvensional dan Islamik. Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara untuk melabur dalam Nota Islamik sahaja.